Monday, 25 November 2013

RESEPI CHOCOLATE MOIST CAKE POWER !

Posted by atikah arba'in at 20:45 0 comments
Assalamualaikum !
hai korang 
long time no see kan? heehe.
korang pekabo? sehat? for me alhamdulillah sehat semakin sehat.
hewhew ;)


okey lah. aku hari ni nak citer pasal satu resepi cake yang power.
resepi ni aku dapat dari kak syakirah ~
TERBAIKK  WA CAKAP LU ~

memang best, sempoi yang paling penting sedap dan senang.
oke lah. ni bahan2 kat bawah nie ek :)


BAHAN A:
240 g tepung gandum
85 g serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
esen vanilla (aku tak letak pon)
BAHAN B:
5 biji telur (aku letak 4 je kalau telur besar)
340 g gula perang (nak kurang manis letak 300 g pon oke)
285 g susu pekat (aku letak 260 g je)
250 g butter (aku suke gune jename pelangi. sebab wangi + x lemak sgt)
1 sudu makan nescafe
 BAHAN C:
1 Cawan air panas

CARA-CARA: 
  • Campur semua bahan A
  • tambah telur, gula, susu.
  • butter dicairkan diatas api. bila dah cair campur je sekali.
  • last skali tambah air panas dengan nescafe.
  • kacau rata. agak2 da smooth x berketul bole masuk dalam loyang yg disapu marjerin. (sesuai untuk loyang yg 8")
  • msk dalam oven 160 darjah celcius. masa ikut smpai masak. (kalau oven aku dalam 3 jam la baru masak. lame tp berbaloi )

# masak kek ni amik mase sikit sebab tempreture die mmg rendah. bile rendahh kek kite akan jadi moist dan sedap. nyum nyum 

untuk topping pulak aku gune chocolate ganache.
cam mane nak buat? senang je.

150 ml whipping cream350g dark choc (aku suke gune converture. sedap)
1 sudu besar butter
cara-cara:
  • panaskan whipping cream secara double boiler sampai didih tepi periuk.
  • masukkan coklat. coklat dah cair masukkan butter.
  • tuang atas kek :)

inilah hasil kek aku. 
*sory takde gamba mase tga wat kek. sebab tak sempat nak cepat je. hehe


special cake for my dear encik ultraman. hehe 



aku rase tu je kot nak citer. hehe.
selamat mencuba ek korang.

ADIOS ~ WASSALAM ~ BYE







 

me my self and i Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

pelangi ungu. semua yang di tulis adalah milik blog ini